Hong Kong, Macau tangguh suntikan Pfizer berikutan ‘kecacatan’ botol

Hong Kong, Macau tangguh suntikan Pfizer berikutan ‘kecacatan’ botol

Ia sebagai langkah berjaga-jaga sehingga siasatan isu itu selesai.

Hong Kong dan Macau menangguhkan penggunaan vaksin Pfizer/BioNTech. (Gambar AP)
HONG KONG:
Hong Kong dan Macau menangguhkan penggunaan vaksin Pfizer/BioNTech selepas dimaklumkan mengenai masalah pembungkusan pada sebilangan botol.

“Sebagai langkah berjaga-jaga, vaksinasi semasa mesti ditangguhkan sepanjang tempoh siasatan,” kata kerajaan Hong Kong dalam kenyataan pada Rabu.

Kedua-dua bandar di China itu mengatakan keputusan dibuat selepas mereka dihubungi oleh Fosun, syarikat farmaseutikal China yang mengedarkan vaksin Pfizer /BioNTech di China mengeni isu itu.

Pihak berkuasa berkata, botol dengan nombor 210102 didapati mempunyai bungkusan yang rosak

Kenyataan dari Hong Kong dan Macau bagaimanapun tidak memberikan perincian mengenai bagaimana bungkusan itu rosak tetapi kedua-duanya mengatakan mereka tidak percaya ada risiko keselamatan.

Pihak berkuasa berkata, mereka memutuskan untuk mengambil langkah berjaga-jaga sehingga siasatan selesai.

Sebilangan rakyat Hong Kong menggunakan media sosial untuk mengatakan temu janji mereka dibatalkan dan beberapa pusat vaksinasi ditutup.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.