11 maut trak bertembung bas di China

11 maut trak bertembung bas di China

Dalam kejadian kira-kira 1 pagi itu, sebuah trak melanggar penghadang jalan di lebuh raya utara Shanghai, sebelum merempuh bas penumpang itu.

Keadaan di lokasi kemalangan selepas sebuah trak melanggar penghalang jalan sebelum merempuh sebuah bas penumpang di lebuh raya utara Shanghai. (Tangkap layar video Twitter/Frontlinestory)
BEIJING:
Sekurang-kurangnya 11 orang terbunuh dan 19 lagi cedera, selepas sebuah trak bertembung dengan bas penumpang di timur China, lapor agensi berita Xinhua hari ini.

Dalam kejadian kira-kira 1 pagi Ahad itu, trak berkenaan terbabas dan melanggar penghadang jalan di sebuah lebuh raya di utara Shanghai, wilayah Jiangsu, sebelum merempuh bas terbabit.

Ketika lalu lintas di lokasi kemalangan mula sesak, dua lagi trak terbabit dalam pelanggaran dari arah belakang.

Rakaman media tempatan menunjukkan bas penumpang itu terbalik di tengah-tengah serpihan penghadang jalan.

Orang Cina menyambut Cheng Beng hari ini, dengan melawat dan membersihkan kubur nenek moyang.

Kemalangan kerap berlaku di China disebabkan kurang pematuhan terhadap peraturan jalan raya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.