Gelembung perjalanan Hong Kong-Singapura bermula akhir Mei

Gelembung perjalanan Hong Kong-Singapura bermula akhir Mei

Berdasarkan perjanjian itu, pengembara dibenarkan bergerak tanpa perlu dikuarantin antara dua hab kewangan berkenaan.

Penumpang yang tiba dari China melalui pengimbas suhu badan di Lapangan Terbang Changi pada Januari tahun lalu. (Gambar Reuters)
HONG KONG:
Hong Kong dan Singapura akan mengumumkan gelembung perjalanan udara antara dua bandar itu mulai 26 Mei ini, lapor Bloomberg News memetik sumber.

Menurut laporan itu, pengumuman berkenaan mungkin dibuat seawal Isnin.

Berdasarkan perjanjian itu, pengembara dibenarkan bergerak tanpa perlu dikuarantin antara dua hab kewangan berkenaan.

Laporan itu tidak menyatakan jumlah penerbangan yang akan terlibat mengikut perjanjian itu, tetapi memetik seseorang berkata bilangannya mungkin ditingkatkan menjelang 26 Jun sekiranya tiada penularan di bandar-bandar berkenaan.

Gelembung perjalanan antara dua bandar itu ditangguhkan susulan lonjakan jangkitan kes virus korona di Hong Kong, lewat tahun lalu.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.