25 maut, 2 bot berlanggar di Bangladesh

25 maut, 2 bot berlanggar di Bangladesh

Pihak berkuasa berjaya menyelamatkan lima penumpang.

Anggota polis memeriksa serpihan bot membawa penumpang yang melanggar sebuah kapal mengangkut pasir di Madaripur hari ini. (Gambar AFP)
DHAKA:
Polis berkata, sekurang-kurangnya 25 orang maut dalam pelanggaran dua bot di tengah Bangladesh pada Isnin.

“Kami menyelamatkan lima orang dan menemui 25 mayat,” kata Ketua Polis tempatan, Miraz Hossain kepada AFP.

Pelanggaran itu membabitkan sebuah bot yang sarat membawa sekurang-kurangnya 30 penumpang dan sebuah kapal mengangkut pasir di Sungai Padma, dekat bandar Shibchar.

Seorang lagi anggota polis berkata, lebih ramai dilaporkan hilang ketika anggota bomba serta orang ramai meneruskan operasi mencari dan menyelamat.

Kemalangan maritim adalah perkara biasa di Bangladeseh, sebuah negara delta dengan ratusan sungai.

Pakar menyalahkan penyelenggaran teruk, kekurangan standard keselamatan di limbungan kapal sebagai punca banyak kemalangan berlaku.

Kapal membawa pasir berada di kedudukan rendah dalam air dan sukar dilihat dalam keadaan air bergelora, khasnya ketika kekurangan cahaya.

Awal bulan lalu, lebih 30 orang maut apabila sebuah feri sarat membawa kira-kira 50 penumpang yang bergegas pulang dari bandar Narayanganj menjelang pelaksanaan perintah berkurung Covid-19, bertembung sebuah kapal kargo lebih besar.

Jun tahun lalu, sebuah feri karam di Dhaka, selepas dilanggar sebuah feri lain dari belakang, menyebabkan sekurang-kurangnya 32 orang maut.

Pada Februari 2015, sekurang-kurangnya 78 orang maut apabila sebuah kapal lebih muatan bertembung sebuah bot kargo.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.