Tongkang karam di Mumbai akibat Siklon Tauktae, 26 maut, 49 masih hilang

Tongkang karam di Mumbai akibat Siklon Tauktae, 26 maut, 49 masih hilang

Operasi mencari dan menyelamat sedang dijalankan setakat ini dengan 188 orang berjaya diselamatkan.

Tauktae membadai barat negeri Gujarat pada lewat Isnin dengan tiupan angin mencecah 185 kilometer sejam, menyebabkan banyak kemusnahan. (Gambar AP)
NEW DELHI:
Sebanyak 26 mayat dijumpai di Laut Arab selepas sebuah tongkang karam dibadai Siklon Tauktae di 35 batu nautika dari Mumbai, lapor agensi Anadolu.

Operasi mencari dan menyelamat sedang dijalankan setakat ini dengan 188 orang berjaya diselamatkan dan 49 lagi masih hilang, menurut jurucakap Tentera Laut India Komander Mehul Karnaik.

Tauktae membadai barat negeri Gujarat pada lewat Isnin dengan tiupan angin mencecah 185 kilometer sejam, menyebabkan banyak kemusnahan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.