28 raifal dilapor hilang dari depoh senjata di Narathiwat

28 raifal dilapor hilang dari depoh senjata di Narathiwat

Dalam satu surat rasmi, Ketua Polis Daerah Mueang, Supakorn Phuengrosberkata senjata itu didapati hilang pada 18 Mei.

Kehilangan raifal jenis AK-102 di kem pertahanan di Mueang, Pattani itu sudah dilaporkan kepada Ketua Polis Negara Suwat Jangyosuk dan pegawai atasan yang lain. (Gambar Bernama)
NARATHIWAT:
Sebanyak 28 raifal jenis AK-102 dilaporkan hilang dari depoh senjata di wilayah Narathiwat, selatan Thailand.

Ketua Polis Daerah Mueang, Supakorn Phuengros sudah melaporkan mengenai kehilangan senjata di kem pertahanan di Mueang, Pattani itu kepada Ketua Polis Negara Suwat Jangyosuk dan pegawai atasan yang lain.

Dalam satu surat rasmi, beliau berkata senjata itu didapati hilang pada 18 Mei.

Sementara itu pada sidang media di Kem Sirindhorn, Pattani semalam wakil jurucakap Keselamatan Dalam Negeri tentera Thailand, Watcharakorn Onngern berkata sebuah jawatankuasa khas yang menjalankan pemeriksaan mendapati senjata itu sudah hilang sejak beberapa tahun lalu.

Panglima Keempat Tentera Darat Leftenan Jeneral Kriangkrai Sirak pula berkata polis telah membuka kertas siasatan dan pihak berkuasa yang relevan sedang mengumpulkan bukti.

Sejak 2004 tentera telah terlibat dalam konflik di selatan Thailand yang setakat ini sudah meragut lebih 7,000 nyawa.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.