30 maut, 2 kereta api bertembung di Pakistan

30 maut, 2 kereta api bertembung di Pakistan

Lebih 50 lagi cedera dalam nahas di wilayah Sindh, selatan Pakistan itu.

Orang ramai berkumpul di lokasi pertembungan Millat Express dan Sir Syed Express di Ghotki, selatan Pakistan. (Gambar AP)
ISLAMABAD:
Nahas kereta api di wilayah Sindh, selatan Pakistan hari ini meragut sekurang-kurangnya 30 nyawa dengan lebih 50 lagi cedera, lapor Agensi Berita Xinhua memetik media tempatan.

Insiden itu berlaku di laluan antara stesen kereta api Raiti dan Obaro di daerah Ghotki.

Nahas berlaku selepas kereta api Millat Express yang dalam perjalanan ke timur bandar Sargodha, Karachi bertembung kereta api Sir Syed Express menghala ke Karachi dari Rawalpindi.

Pasukan penyelamat sudah dikejarkan ke lokasi kejadian.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.