
Presiden Joko Widodo dalam siaran langsung menerusi melalui laman YouTube Sekretariat Presiden hari ini mengumumkan pemerintah akan menerapkan Pemberlakukan Pembatasan Kegiatan Masyarakat Darurat (PPKM Darurat) di Pulau Jawa dan Bali.
Kes baharu Covid-19 di Indonesia meningkat mendadak sejak dua minggu lepas berikutan kegiatan balik kampung semasa sambutan Aidilfitri lepas selain kehadiran varian Delta yang lebih cepat menular.
Sejak 24 Jun lepas, kes positif harian meningkat melepasi angka 20,000 kes, sedangkan sebelum sambutan Aidilfitri kes harian pernah dicatatkan di bawah angka 4,000 kes.
Pelaksanaan PPKM Darurat itu melibatkan 48 kabupaten dan kota dengan menyasarkan kes baharu turun di bawah 10,000 kes.
Antara peraturan PPKM Darurat adalah penutupan pusat beli-belah, penerapan 100% bekerja dari rumah bagi sektor ‘non-essential’, penutupan rumah-rumah ibadat, pembelajaran dari rumah sepenuhnya, larangan makan di restoran, kedai makan atau warung (dine in) dan tempat-tempat atau pusat pelancongan dan rekreasi ditutup.