Keadaan tidak menentu, warga Singapura dinasihatkan tinggalkan Myanmar

Keadaan tidak menentu, warga Singapura dinasihatkan tinggalkan Myanmar

Menteri Luar Dr Vivian Balakrishnan dalam jawapan bertulisnya di Parlimen hari ini berkata, warga Singapura yang memilih untuk kekal berada di Myanmar harus mempertimbangkan risiko kesihatan dan keselamatan diri mereka.

Vivian Balakrishnan berkata buat masa ini, sekitar 240 warga Singapura telah mendaftar dengan Kementerian Luar Singapura (MFA). (Gambar AFP)
SINGAPURA:
Singapura menasihati warganya di Myanmar mempertimbangkan untuk meninggalkan negara itu secepat mungkin menerusi penerbangan komersial berikutan keadaan tidak menentu serta peningkatan kes Covid-19.

“Warga Singapura yang memilih untuk kekal berada di Myanmar harus mempertimbangkan risiko kesihatan dan keselamatan diri mereka,” kata Menteri Luar Dr Vivian Balakrishnan dalam jawapan bertulisnya di Parlimen hari ini.

Balakrishnan ditanya mengenai jumlah rakyat Singapura yang masih berada di Myanmar; dan sama ada akan ada penerbangan bantuan yang dijadualkan pada Ogos 2021.

Menteri itu berkata buat masa ini, sekitar 240 warga Singapura telah mendaftar dengan Kementerian Luar Singapura (MFA).

Ketika ini, terdapat tiga penerbangan bantuan seminggu disediakan dari Yangon ke Singapura, dikendalikan Singapore Airlines dan Myanmar National Airlines.

Namun, Balakrishnan berkata tiada jaminan bahawa penerbangan bantuan ini akan dilaksanakan secara berkala sepanjang Ogos dan seterusnya.

“Dalam senario seperti itu, kami juga mungkin tidak diberi kelulusan untuk melakukan penerbangan pulang,” katanya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.