6 maut dalam insiden runtuhan gudang Amazon di Illinois, Amerika Syarikat

6 maut dalam insiden runtuhan gudang Amazon di Illinois, Amerika Syarikat

Sebahagian gudang Amazon di Edwardsville runtuh pada Jumaat dan berpuluh-puluh orang terperangkap dan sekurang-kurangnya 45 orang diselamatkan.

Gabenor Illinois Jay Robert Pritzker berkata, enam orang telah terkorban dalam kejadian itu dengan seorang lagi mangsa sedang dirawat manakala operasi mencari dan menyelamat masih dijalankan. (Gambar AP)
WASHINGTON:
Jumlah kematian dalam kejadian gudang milik Amazon di bandar Edwardsville, Illinois, Amerika Syarikat yang runtuh akibat puting beliung, meningkat kepada enam orang, kata Gabenor Illinois Jay Robert Pritzker.

“Dengan penuh dukacita saya mengesahkan bahawa setakat ini enam orang telah terkorban dalam kejadian itu dengan seorang lagi mangsa sedang dirawat. Operasi mencari dan menyelamat masih dijalankan,” kata Pritzker kepada wartawan.

Sebahagian gudang Amazon di Edwardsville runtuh pada Jumaat dan berpuluh-puluh orang terperangkap. Sekurang-kurangnya 45 orang diselamatkan, lapor Sputnik memetik media tempatan.

Pada Sabtu, Presiden Joe Biden berkata puting beliung itu “kemungkinan satu daripada bencana terbesar dalam sejarah negara kita.”

Biden berkata beliau telah berbincang dengan gabenor Arkansas, Illinois, Kentucky, Missouri dan Tennessee, berhubung kejadian itu.

Menurut Gabenor Kentucky, Andy Beshear bencana alam tersebut sudah meragut kira-kira 70 nyawa di Kentucky dan berikutan itu Presiden telah mengisytiharkan darurat di negeri ini.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.