3 maut dalam letupan gas di rumah mandian

3 maut dalam letupan gas di rumah mandian

Empat turut cedera dalam letupan itu.

Siasatan awal masih dijalankan ke atas letupan gas di rumah mandian itu yang meragut tiga nyawa. (Gambar Pexel)
TASHKENT:
Kejadian letupan gas di sebuah rumah mandian di wilayah timur Fergana di Uzbekistan mengakibatkan tiga terbunuh dan mencederakan empat yang lain, menurut Kementerian Kecemasan Uzbek pada Jumaat.

Letupan itu mengakibatkan bumbung rumah mandian runtuh dan pasukan kecemasan diarah menjalankan operasi menyelamat, Xinhua memetik kementerian itu.

Menurut Kementerian itu, siasatan awal masih dijalankan berhubung kejadian berkenaan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.