Bayi antara 4 warga India mati kesejukan di sempadan Amerika Syarikat-Kanada

Bayi antara 4 warga India mati kesejukan di sempadan Amerika Syarikat-Kanada

Keempat-empat mereka dipercayai sebahagian daripada kumpulan pendatang tanpa izin dan beberapa daripadanya ditahan selepas berjaya menyeberangi AS.

Menteri Hal Ehwal Luar India Subrahmanyam Jaishankar berkata empat warganya termasuk seorang bayi kehilangan nyawa di sempadan Kanada-AS.
NEW DELHI:
Empat warga India yang cuba memasuki Amerika Syarikat (AS) secara haram mati kesejukan di sempadan AS-Kanada.

“Terkejut menerima laporan bahawa empat warga India, termasuk seorang bayi kehilangan nyawa di sempadan Kanada-AS. (Kementerian) telah meminta Duta Besar di AS dan Kanada untuk segera bertindak terhadap situasi itu,” kata Menteri Hal Ehwal Luar India Subrahmanyam Jaishankar pada Jumaat.

“Kami menghubungi pihak berkuasa AS mengenai siasatan yang masih dijalankan,” kata duta India Taranjit Singh Sandhu.

Seorang lelaki warga Florida berusia 47 tahun telah didakwa atas kesalahan penyeludupan manusia selepas mayat mereka ditemui di Kanada beberapa meter dari sempadan AS, menurut laporan Associated Press.

Keempat-empat mereka dipercayai sebahagian daripada kumpulan pendatang tanpa izin, dan beberapa daripadanya telah ditahan selepas berjaya menyeberangi AS.

“Kami amat bimbang terhadap cubaan menyeberang sempadan ini yang mungkin telah dibantu dengan beberapa cara, dan mereka yang terkorban termasuk seorang bayi ditinggalkan sendirian di tengah-tengah ribut salji,” penolong pesuruhjaya Polis Diraja Kanada, Jane MacLatchy dipetik sebagai berkata menerusi laporan USA Today.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.