Varian Omicron punca kes Covid-19 di Tonga naik mendadak

Varian Omicron punca kes Covid-19 di Tonga naik mendadak

Sebanyak lima ujian yang dihantar ke Australia mengesahkan bahawa varian Omicron Covid-19 sedang merebak di Tonga.

Sebanyak 30 kes baharu dilaporkan di pulau besar Tongatapu manakala satu kes dikesan di Vava’u, satu daripada 40 pulau kecil di negara kepulauan itu.
SUVA:
Tonga mengesahkan penyebaran varian Omicron di negara kepulauan Pasifik Selatan itu apabila 31 kes baharu Covid-19 dilaporkan pada Khamis, menjadikan jumlah kes aktif di negara itu 64, lapor Xinhua.

Menurut laman web berita Matangi Tonga Online, Menteri Kesihatan Saia Piukala pada sidang akhbar pagi Khamis berkata lima ujian yang dihantar ke Australia mengesahkan bahawa varian Omicron Covid-19 sedang merebak di Tonga sekarang.

Beliau juga mengesahkan 30 kes baharu dilaporkan di pulau besar Tongatapu manakala satu kes dikesan di Vava’u, satu daripada 40 pulau kecil di negara kepulauan itu.

Kes yang disahkan termasuk individu dewasa yang sudah lengkap divaksin dan kanak-kanak. Kesemua mereka mengalami gejala tidak ketara.

Pada masa ini, Tongatapu dan Vava’u berada di bawah sekatan Covid-19 selama 14 hari, dengan hanya dibenarkan membeli-belah pada Selasa dan Jumaat.

Tonga, sebuah negara kepulauan dengan populasi lebih 100,000. Lebih kurang 98% penduduknya telah menerima dos pertama dan 88% dos kedua. Lebih 2,000 orang telah mendapat suntikan penggalak mereka.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.