Pesawat terbesar dunia Antonov-225 dibedil tentera Rusia

Pesawat terbesar dunia Antonov-225 dibedil tentera Rusia

Pemulihan pesawat itu, yang dikenali sebagai Mriya, akan mengambil masa lebih lima tahun dengan kos lebih USD3 bilion susulan serangan itu.

Antonov-225 pesawat kargo terbesar dunia yang dimusnahkan tentera Rusia. (Gambar Pixabay)
KYIV:
Pesawat terbesar dunia, Antonov-225, dimusnahkan tentera Rusia ketika ia sedang dalam pembaikan di lapangan terbang di Gostomel dekat Kyiv, lapor Ukroboronprom, agensi milik Ukraine.

Pemulihan pesawat itu, yang dikenali sebagai Mriya, akan mengambil masa lebih lima tahun dengan kos lebih USD3 bilion susulan serangan itu, kata Ukroboronprom dalam satu kenyataan pada Ahad, sambil menambah bahawa ia bertujuan memastikan Rusia menanggung kos berkenaan.

“Rusia telah membedil Mriya sebagai simbol keupayaan penerbangan Ukraine, kata syarikat itu.

Menteri Luar Ukraine Dmytro Kuleba turut membuat ciapan di Twitter mengenai pesawat itu.

Pesawat enam enjin itu sepanjang 84m dan mempunyai lebar sayap kira-kira 88m. Ia pertama kali terbang pada Disember 1988 dan memegang rekod untuk mengangkut kargo komersial terbesar.

“Rusia mungkin memusnahkan ‘Mriya’ kami. Tetapi mereka tidak akan dapat memusnahkan impian kami,” kata Ukroboronprom.

“Mriya pasti akan bangkit semula.”

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.