
Sembilan koridor bantuan kemanusiaan dibuka pada Jumaat, lapor Agensi Anadolu memetik agensi berita negara Ukrinform.
“Seramai 4,972 orang, termasuk 1,124 kanak-kanak, dipindahkan dari tenggara wilayah Mariupol ke bandar tenggara Zaporizhia,” kata Timbalan Ketua Pejabat Presiden Ukraine Kyrylo Tymoshenko dalam Telegram.
Sementara itu, 4,173 orang dipindahkan dari Wilayah Sumy, tambahnya.
Perang Rusia-Ukraine, yang bermula pada 24 Feb, mengundang kecaman antarabangsa, membawa kepada sekatan kewangan ke atas Moscow dan mendorong firma global menarik diri dari Rusia.
Sekurang-kurangnya 816 orang awam terbunuh dan 1,333 cedera di Ukraine sejak perang bermula, kata Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), sambil menyatakan angka itu mungkin lebih tinggi.
Lebih 3.27 juta orang juga melarikan diri ke negara jiran, kata agensi pelarian PBB.