
OUAGADOUGOU: Bekas presiden Burkina Faso Roch Marc Christian Kabore, dibenarkan pulang ke tanah air pada Rabu, setelah ditahan pada 24 Jan ketika rampasan kuasa tentera menggulingkan pentadbirannya, lapor Xinhua.
Kabore pulang ke kediamannya di ibu negara Ouagadougou dan langkah keselamatan akan diambil untuk melindunginya, menurut kenyataan dikeluarkan kerajaan sementara.
Pada 24 Jan, tentera mengumumkan mereka mengambil alih pemerintahan Kabore, setelah pengurusannya terhadap krisis keselamatan negara sejak 2015 didakwa “tidak berkesan”.
Parti politiknya, Gerakan Rakyat untuk Kemajuan (MPP) dan pertubuhan serantau, seperti Komuniti Ekonomi Negara Afrika Barat (ECOWAS), menuntut pembebasannya tanpa syarat.