4 maut, 14 cedera dalam 2 gempa bumi di China

4 maut, 14 cedera dalam 2 gempa bumi di China

Gempa cetek dengan magnitud 6.1 melanda kawasan Sichuan, disusuli gempa kedua dengan magnitud 4.5 hanya tiga kemudian di daerah berhampiran.

Gempa cetek pada Januari lalu di Yunnan mengakibatkan lebih 20 orang cedera. (Gambar AFP)
BEIJING:
Sekurang-kurangnya empat orang maut dan 14 yang lain cedera selepas dua gempa bumi melanda barat daya China hari ini.

Media kebangsaan melaporkan, gempa cetek dengan magnitud 6.1 melanda kawasan yang tidak ramai penduduk di wilayah Sichuan, kira-kira 100km di barat ibu negeri, Chengdu, menurut laporan CCTV.

Ini disusuli gempa kedua dengan magnitud 4.5 hanya tiga kemudian di daerah berhampiran, di mana kematian dan kecederaan berkenaan direkodkan.

Rakaman diperoleh badan penyiar itu menunjukkan puluhan murid sekolah menjerit dan berlindung di bawah meja masing-masing ketika bangunan itu bergegar, sebelum akhirnya meluru keluar dari bilik darjah berkenaan.

Satu lagi video dimuat naik ke media sosial oleh badan penyiar CGTN dipercayai menunjukkan tanah runtuh akibat gempa pertama, yang merosakkan kenderaan selain menyebabkan sebatang jalan dipenuhi tanah dan batu.

Pihak berkuasa di bandar Ya’an mengerahkan lebih 4,500 anggota penyelamat, bomba dan polis tentera ke lokasi bencana, lapor CCTV.

Menurutnya, pihak berkuasa berusaha menyelamatkan mangsa terperangkap dan memastikan tiada mangsa akibat bencana susulan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.