
MOSCOW: Seorang juruterbang Tentera Laut Amerika Syarikat (AS) terbunuh dalam nahas jet pejuang di Gurun Mojave, tenggara California, menurut pegawai tentera.
Pesawat pejuang F/A-18E Super Hornet berlepas dari stesen udara tentera laut Lemoore terhempas di bandar San Bernardino, selatan California pada petang Jumaat, lapor Sputnik memetik laporan penyiar KABC-TV.
Nahas berlaku sekitar 2.30 petang waktu tempatan (21:30 GMT).
Pasukan keselamatan dan anggota bomba dari stesen senjata udara tentera laut Tasik China telah dikerah ke lokasi kejadian.
Punca nahas sedang disiasat.