Sekurang-kurangnya 17 maut kereta api tergelincir di Iran

Sekurang-kurangnya 17 maut kereta api tergelincir di Iran

Tujuh gerabak kereta api itu tergelincir di landasan Tabas-Yazd, berhampiran bandar Tabas, di timur Iran.

Sekurang-kurangnya 17 penumpang maut, manakala 30 lagi cedera dengan lima daripadanya kritikal, dalam kejadian di timur Iran. (Gambar AP)
TEHRAN:
Sekurang-kurangnya 17 penumpang terbunuh selepas sebuah kereta api penumpang tergelincir di timur Iran, kata pihak berkuasa awal Rabu.

Empat daripada tujuh gerabak kereta api itu tergelincir di landasan kereta api Tabas-Yazd, berhampiran bandar Tabas, di timur Iran.

Unit penyelamat bersama ambulans dan helikopter telah dikerahkan ke tempat kejadian, kata Gabenor Ali-Akbar Rahimi lapor Agensi Anadolu memetik Agensi Berita ISNA.

Menurut laporan awal, 17 daripada 420 penumpang maut manakala 30 yang lain cedera dengan lima daripadanya kritikal, tambah Rahimi.

Kereta api dalam perjalan ke pusat bandar Yazd itu tergelincir kira-kira 50km di Tabas, pada 5.30 pagi waktu tempatan (0100GMT), kata seorang pegawai tempatan.

Usaha menyelamat sedang dijalankan, tambahnya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.