Rusia cabuli undang-undang antarabangsa, piagam PBB

Rusia cabuli undang-undang antarabangsa, piagam PBB

Keputusan Rusia mengisytiharkan pengilhakan empat wilayah Ukraine - Donetsk, Luhansk, Zaporizhzhia, dan Kherson tidak diiktiraf Ukraine dan negara Barat.

Pada Jumaat, Presiden Rusia Vladimir Putin mengisytiharkan pengilhakan empat wilayah Ukraine – Donetsk, Luhansk, Zaporizhzhia, dan Kherson. (Gambar AP)
SINGAPURA:
Keputusan Rusia secara rasmi mengisytiharkan pengilhakan empat wilayah Ukraine – Donetsk, Luhansk, Zaporizhzhia, dan Kherson mencabuli undang-undang antarabangsa dan Piagam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), menurut Kementerian Luar Singapura.

Dalam kenyataan dikeluarkan, jurucakap kementerian itu berkata, “kedaulatan, kebebasan politik dan integriti wilayah semua negara mesti dihormati.”

Presiden Rusia Vladimir Putin pada Jumaat mengumumkan pengilhakan empat wilayah Ukraine susulan referendum yang diadakan di setiap wilayah itu yang tidak diiktiraf Ukraine dan negara Barat.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.