Budak Palestin 14 tahun maut ditembak

Budak Palestin 14 tahun maut ditembak

Remaja lelaki itu ditembak mati di kem pelarian Dheisheh berhampiran Beit Laham ketika perbalahan antara tentera Israel dan penduduk yang membaling batu.

Keganasan semakin banyak berlaku di Tebing Barat sejak Israel meningkatkan kawalan ketenteraan di situ tahun lalu. (Gambar AP)
RAMALLAH:
Tentera israel menembak mati seorang budak Palestin berusia 14 tahun dalam serbuan di Tebing Barat yang mencetuskan perbalahan dengan penduduk di situ.

Saksi dan anggota perubatan berkata, remaja lelaki itu ditembak mati di kem pelarian Dheisheh berhampiran Beit Laham ketika perbalahan antara tentera Israel dan penduduk yang membaling batu.

Tidak jelas sama ada mangsa turut terlibat dalam perbalahan itu.

Tentera berkata anggotanya melepaskan tembakan selepas penduduk menyerang menggunakan batu, bom botol, dan alat letupan buatan sendiri.

Keganasan semakin banyak berlaku di Tebing Barat sejak Israel meningkatkan kawalan ketenteraan di situ tahun lalu.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.