
Kebakaran bermula pada malam Isnin di pusat tahanan sementara migran di Ciudad Juarez di negeri Chihuahua, yang terletak di utara dan bersempadan dengan Amerika Syarikat.
“Kami percaya ia ada kaitan dengan bantahan mereka (pendatang) selepas mengetahui mereka akan dihantar pulang,” kata Lopez Obrador kepada wartawan, lapor Xinhua.
“Mereka meletakkan tilam di pintu rumah dan membakarnya sebagai protes dan tidak menyangka ia akan menyebabkan tragedi ngeri ini,” katanya.
Presiden itu berkata kebanyakan pendatang di pusat itu berasal dari Amerika Tengah dan Venezuela dan setakat ini pihak berkuasa masih belum mengenal pasti identiti mangsa yang terkorban.
Sejumlah 68 pendatang ditempatkan di pusat itu dan 29 berada dalam “keadaan serius”, menurut laporan pihak berkuasa imigresen.
Lopez Obrador juga berkata Pejabat Peguam Negara telah memulakan siasatan berhubung kebakaran itu.