
Turut ditarik melibatkan semua sekatan antivirus dan kembali sepenuhnya kepada keadaan normal prapandemik.
Langkah itu dibuat ketika jumlah jangkitan Covid-19 menurun buat kali pertama dalam tempoh hampir dua bulan minggu lalu, lapor Yonhap.
Covid-19 dikategorikan sebagai “Kelas 1” pada Januari 2020 dan diturunkan ke tahap kedua pada April tahun lepas.
Penyakit kelas 4, tahap jangkitan paling rendah di negara ini, termasuk influenza dan penyakit tangan, kaki dan mulut, memerlukan pengawasan berasaskan spesimen.
Pesakit yang dijangkiti penyakit “Kelas 2”, seperti tuberkulosis, campak, dan taun, diasingkan pihak berkuasa kesihatan.
Negara itu mencatatkan purata harian 40,400 jangkitan baharu untuk minggu 15-21 Ogos, merosot 17.7% daripada 49,000 seminggu sebelumnya.
Namun, arahan pemakaian pelitup muka di hospital dan rumah penjagaan masih dikekalkan.