15 maut kebakaran di Filipina

15 maut kebakaran di Filipina

Kebakaran itu memusnahkan sebuah rumah kira-kira 5.30 pagi waktu tempatan.

Anggota bomba mengambil masa tiga jam untuk memadam kebakaran membabitkan sebuah rumah di Manila hingga meragut 15 nyawa. (Gambar Bernama)
MANILA:
Sejumlah 15 orang maut dalam kebakaran sebelum subuh pada Khamis yang memusnahkan sebuah rumah di Manila, Filipina, lapor Xinhua memetik Biro Perlindungan Kebakaran.

Biro itu berkata tiga lagi terselamat dalam kebakaran yang berlaku kira-kira 5.30 pagi waktu tempatan.

Bomba mengambil masa hampir tiga jam untuk memadamkan kebakaran.

Mangsa terdiri daripada ahli keluarga dan pekerja yang tinggal di rumah di Quezon City itu.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.