
Menurut stesen kaji cuaca bandar itu, taburan hujan di stesen Zhengzhou merekodkan bacaan 14.2 milimeter (mm) dan salji setebal 10 sentimeter (cm) dalam tempoh hanya enam jam.
Cuaca buruk turut menjejaskan lalu lintas, operasi penerbangan dan perkhidmatan kereta api di wilayah berkenaan.
Pada pagi Isnin, 22 penerbangan dibatalkan di Lapangan Terbang Antarabangsa Zhengzhou Xinzheng dan beberapa bahagian membabitkan 46 lebuh raya telah ditutup.
Perkhidmatan kereta api termasuk kereta api berkelajuan tinggi dan antara bandar turut ditangguhkan, menurut pihak berkuasa berkaitan.
Sehingga kini, beberapa ratus amaran berkaitan angin kencang, salji tebal, gelombang sejuk dan jalan berselaput ais telah dikeluarkan di wilayah itu.