Kanak-kanak Palestin tak terlepas ‘meringkuk’ di penjara Israel

Kanak-kanak Palestin tak terlepas ‘meringkuk’ di penjara Israel

Ketika ini sekurang-kurangnya 40 kanak-kanak dan 11 wanita ditahan.

Lebih 3,400 rakyat Palestin kini ditahan di penjara Israel. (Gambar AP/Hatem Ali)
RAMALLAH:
Jumlah tahanan Palestin di penjara Israel mencecah 3,484 pada akhir Januari termasuk sekurang-kurangnya 40 kanak-kanak dan 11 wanita, menurut Persatuan Tahanan Palestin (PPS).

PPS dalam kenyataan, berkata jumlah tahanan menyaksikan peningkatan ketara dan jumlah ini tidak pernah direkodkan pada tahun intifada pertama pada 1987, lapor Agensi Berita Palestin WAFA.

Pihak berkuasa Israel mengeluarkan lebih 3,400 perintah penahanan, termasuk perintah baharu dan yang diperbaharui sejak permulaan pencerobohan ke atas Gaza pada 7 Okt tahun lalu.

November mencatat kadar tertinggi pengeluaran perintah tahanan iaitu 1,120 perintah dengan menyasarkan semua golongan, termasuk kanak-kanak, wanita, aktivis, dan wartawan.

Jumlah tahanan sebelum 7 Okt adalah kira-kira 1,320, menurut persatuan itu.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.