
Mengenai video disiarkan Saluran 12 Israel menunjukkan askar membawa seorang tahanan daripada dirakam kamera pengawasan untuk melakukan penderaan dan dakwaan lebih meluas berhubung penderaan ke atas tahanan, Miller berkata, pegawai AS sudah memeriksa video itu.
“Kami telah lihat video itu dan laporan penderaan seksual terhadap tahanan mengerikan. Mereka sepatutnya disiasat sepenuhnya oleh kerajaan Israel dan IDF,” katanya merujuk IDF kepada Angkatan Pertahanan Israel.
“Perlu ada toleransi sifar untuk penderaan seksual, rogol mana-mana tahanan…Jika ada tahanan yang diserang atau dirogol secara seksual, kerajaan Israel, IDF perlu menyiasat sepenuhnya tindakan itu dan individu terbabit perlu bertanggungjawab sepenuhnya mengikut undang-undang.”
White House turut menyifatkan laporan rogol, penyeksaan dan penderaan ke atas tahanan Palestin “amat membimbangkan”.
“Penting untuk kedaulatan undang-undang dan proses wajar dikekalkan,” kata jurucakap White House, Karine Jean-Pierre.
Jurucakap Kedutaan Israel di Washington tidak menjawab permintaan untuk mengulas pada Rabu.
Tetapi, tentera Israel yang mengendalikan beberapa kemudahan tahanan turut menempatkan tahanan Palestin dalam respons terhadap dakwaan terdahulu berkata, ia beroperasi mengikut kedaulatan undang-undang dan sebarang dakwaan penderaan khusus telah disiasat.
Video yang menunjukkan penderaan itu muncul ketika pihak berkuasa Israel menyiasat dakwaan tenteranya mendera tahanan Palestin.
Siasatan itu mencetuskan bantahan warga Israel berhaluan kanan yang menceroboh dua kemudahan tentera, selepas polis menahan sembilan askar atas dakwaan penderaan teruk ke atas seorang tahanan diberkas di Gaza oleh pasukan simpanan tentera di kemudahan tahanan Sde Teiman, selatan Israel.
“Adalah wajar IDF mengumumkan beberapa individu didakwa terlibat dalam kes ini sudah ditahan,” kata Miller dari Jabatan Negara.
“Saya tidak akan menyentuh hasil siasatan itu, tetapi ia perlu diteruskan segera dan jika mereka melanggar undang-undang jenayah atau tatakelakuan IDF, sudah tentu mereka perlu bertanggungjawab.”
Kumpulan hak asasi Israel B’Tselem dalam satu laporan Isnin lalu berkata, rejim Zionis menjalankan dasar sistematik penderaan dan penyeksaan banduan sejak perang Gaza bermula Oktober lalu menyebabkan tahanan Palestin berdepan keganasan sewenang-wenangnya sehingga penderaan seksual.