
“Dalam sejarahnya, tidak pernah timbul keperluan begitu mendesak untuk ABA mempertahankan ahlinya, profesion mereka dan kedaulatan undang-undang itu sendiri,” menurut petikan tuntutan mahkamah persatuan itu.
ABA yang mempunyai kira-kira 400,000 ahli merupakan persatuan peguam sukarela terbesar di Amerika Syarikat.
Tuntutan itu menandakan peningkatan ketegangan antara ABA dan pentadbiran Trump, yang sebelum ini memotong dana persekutuan kepada persatuan berkenaan serta cuba mengehadkan peranannya dalam menilai pencalonan hakim persekutuan – tradisi diamalkan sekian lama.
Empat firma guaman turut memfailkan saman berasingan bagi mencabar arahan pentadbiran membatalkan kelulusan keselamatan mereka serta menamatkan kontrak persekutuan.