Taman negara Indonesia perkenal gelang jejak pendaki

Taman negara Indonesia perkenal gelang jejak pendaki

Gelang RFID hantar isyarat kepada menara penerima di sepanjang laluan pendakian.

Taman Negara Bromo Tengger Semeru di Indonesia wajib pendaki pakai gelang RFID sejak bulan lepas. (Gambar Instagram bbtnbromotenggersemeru)
JAKARTA:
Pendaki di Taman Negara Bromo Tengger Semeru di Indonesia diwajibkan memakai gelang tangan penjejak bagi tujuan keselamatan, lapor Xinhua.

Gelang peranti pengecaman frekuensi radio (RFID) itu mengandungi cip mini dan antena yang menghantar isyarat kepada menara penerima yang ditempatkan di beberapa lokasi sepanjang laluan pendakian, kata Pegawai Perhubungan Awam taman itu, Endrip Wahyutama pada Isnin.

Menurut jurucakap, penggunaan gelang tangan ini bermula Jun lepas.

“Dengan gelang ini, kami dapat menjejak lokasi pendaki. Aktiviti pendakian di kawasan Semeru masih melibatkan risiko seperti sesat, jatuh, atau bahkan hilang tanpa dikesan,” kata Wahyutama.

Gunung Semeru, yang terletak di Wilayah Jawa Timur, adalah antara 127 gunung berapi aktif di Indonesia.

Inisiatif ini diperkenalkan susulan kejadian baru-baru ini melibatkan pendaki warga Brazil, Juliana Marins, yang maut selepas terjatuh ke dalam gaung sedalam 600m di Gunung Rinjani, Wilayah Nusa Tenggara Barat pada 21 Jun.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.