
Suruhanjaya Eropah menuduh X mengesahkan akaun pengguna dengan tanda semak biru secara mengelirukan, menahan data daripada penyelidik serta gagal mendokumentasikan iklan disiarkan di platform itu dengan telus.
Tegasnya, jumlah denda itu sepadan pelanggaran terbabit ketika membuat pengumuman pada Jumaat.
“Menipu pengguna dengan tanda semak biru, menyembunyikan maklumat iklan dan menutup akses penyelidik, tidak boleh diterima dalam ruang digital EU,” kata Naib Presiden Suruhanjaya Eropah, Henna Virkkunen.
X boleh mengambil tindakan undang-undang terhadap keputusan itu, yang akhirnya boleh membawa kes ke Mahkamah Keadilan Eropah (ECJ).
Keputusan itu dibuat berdasarkan Akta Perkhidmatan Digital (DSA) EU. Ia berpotensi mengeruhkan lagi hubungan dengan Amerika Syarikat (AS).
Naib Presiden AS, JD Vance menulis di X pada Khamis “EU sepatutnya menyokong kebebasan bersuara, bukan menyerang syarikat AS atas perkara remeh”.
Presiden AS, Donald Trump, sebelum ini turut mengkritik undang-undang digital Eropah tidak berdaya saing.