Netflix ambil alih Warner Bros dengan nilai USD82.7 bilion

Netflix ambil alih Warner Bros dengan nilai USD82.7 bilion

Perjanjian itu merangkumi studio filem dan televisyen Warner Bros, HBO Max, dan HBO.

Netflix terus meluaskan penguasaannya dalam segmen penstriman dunia. (Gambar EPA Images)
LOS ANGELES:
Gergasi penstriman Netflix mengambil alih studio Hollywood ternama, Warner Bros, susulan pemisahan unit perniagaan Discovery Global milik Warner pada nilai hampir USD82.7 bilion, umum Netflix, lapor Agensi Akhbar Jerman (dpa).

Perjanjian itu merangkumi studio filem dan televisyen Warner Bros, HBO Max, dan HBO, menurut kedua-dua syarikat.

“Misi kami sentiasa untuk menghiburkan dunia,” kata ketua pegawai eksekutif bersama Netflix, Ted Sarandos dalam satu kenyataan.

“Dengan menggabungkan koleksi rancangan dan filem Warner Bros yang luar biasa – daripada karya klasik seperti ‘Casablanca’ dan ‘Citizen Kane’ hingga kegemaran moden seperti ‘Harry Potter’ dan ‘Friends’ – bersama judul ikonik kami seperti ‘Stranger Things’, ‘KPop Demon Hunters’ dan ‘Squid Game’, kami dapat melakukannya dengan lebih baik.

“Bersama-sama, kami boleh memberi penonton lebih banyak pilihan yang mereka gemari dan membantu membentuk abad seterusnya dalam dunia penceritaan,” kata Sarandos.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.