Gempa bumi 7.6 magnitud landa utara, timur laut Jepun

Gempa bumi 7.6 magnitud landa utara, timur laut Jepun

Agensi Meteorologi Jepun keluarkan nasihat tsunami untuk pantai timur wilayah Aomori serta kawasan lain di sepanjang pantai Pasifik.

Jepun adalah antara negara yang paling kerap dilanda gempa bumi dengan gegaran berlaku berlaku hampir setiap lima minit. (Gambar Kyodo News)
TOKYO:
Gempa bumi dengan magnitud awal 7.6 melanda kawasan utara dan timur laut Jepun pada Isnin, menurut agensi cuaca negara itu, lapor Xinhua.

Menurut Agensi Meteorologi Jepun (JMA), pusat gempa terletak di luar pesisir wilayah Aomori pada latitud 41.0 darjah utara dan longitud 142.3 darjah timur.

JMA telah mengeluarkan nasihat tsunami untuk pantai timur wilayah berkenaan serta kawasan lain di sepanjang pantai Pasifik.

Jepun adalah antara negara yang paling kerap dilanda gempa bumi dengan gegaran berlaku berlaku hampir setiap lima minit.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.