Trump umum setuju gencatan senjata 2 minggu dengan Iran

Trump umum setuju gencatan senjata 2 minggu dengan Iran

Presiden AS buat pengumuman itu dua jam sebelum tempoh akhir kepada Iran untuk buka Selat Hormuz atau berdepan serangan terhadap kemudahan awam.

Presiden AS Donald Trump berkata Iran mengemukakan cadangan 10 perkara yang merupakan ‘asas yang boleh dilaksanakan’ untuk rundingan itu. (Gambar EPA Images)
WASHINGTON:
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump berkata beliau bersetuju dengan gencatan senjata selama dua minggu dengan Iran, kurang dua jam sebelum tempoh akhir yang ditetapkannya untuk Tehran membuka semula Selat Hormuz atau berdepan serangan terhadap infrastruktur awamnya.

Pengumuman di media sosial itu merupakan contoh terbaharu tindakan Trump menarik balik ancaman keras, selepas beliau memberi amaran kepada Iran pada awal Selasa bahawa ‘seluruh tamadun akan musnah malam ini’ jika tuntutannya tidak dipenuhi.

Trump berkata perjanjian itu tertakluk kepada persetujuan Iran untuk menghentikan sekatan terhadap bekalan minyak dan gas melalui selat tersebut, yang lazimnya mengendalikan kira-kira satu perlima penghantaran minyak global.

“Ini akan menjadi GENCATAN SENJATA dua hala!” tulis Trump di platform Truth Social miliknya.

“Kerana kita telah mencapai dan melepasi semua objektif ketenteraan, dan kini berada pada tahap yang sangat maju ke arah perjanjian muktamad mengenai KEAMANAN jangka panjang dengan Iran, serta KEAMANAN di Timur Tengah.”

Trump berkata Iran mengemukakan cadangan 10 perkara yang merupakan ‘asas yang boleh dilaksanakan’ untuk rundingan dan beliau menjangkakan satu perjanjian akan ‘dimuktamadkan dan disempurnakan’ dalam tempoh gencatan senjata dua minggu itu.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.