Iran keluar amaran mengenai Selat Hormuz susulan rancangan Trump

Iran keluar amaran mengenai Selat Hormuz susulan rancangan Trump

Markas Tentera Laut Kor Pengawal Revolusi Islam Iran berkata dron Iran sedang memantau selat berkenaan secara masa nyata.

Presiden Amerika Syarikat Donald Trump berkata tentera lautnya akan mula menyekat kapal yang cuba memasuki atau keluar dari Selat Hormuz dan langkah itu akan berkuat kuasa ‘serta-merta’. (Gambar EPA Images)
TEHRAN:
Markas Tentera Laut Kor Pengawal Revolusi Islam Iran (IRGC) pada Ahad memberi amaran bahawa sebarang ‘silap langkah’ di Selat Hormuz akan memerangkap musuhnya dalam ‘pusaran maut’, menurut saluran berita Sepah News yang bergabung dengan IRGC, lapor Xinhua.

Markas Tentera Laut itu menyatakan bahawa dron Iran sedang memantau selat berkenaan secara masa nyata dan menambah bahawa semua pergerakan di kawasan itu berada di bawah ‘kawalan penuh’ angkatan tentera Iran.

Kenyataan itu dibuat sejurus selepas Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump berkata Tentera Laut AS akan mula menyekat kapal yang cuba memasuki atau keluar dari Selat Hormuz, menurut hantaran di platform Truth Social miliknya. Trump berkata langkah itu akan berkuat kuasa ‘serta-merta’.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.