Trump tak cadang lanjut gencatan senjata dengan Iran

Trump tak cadang lanjut gencatan senjata dengan Iran

Presiden AS turut dipetik membayangkan konflik boleh berakhir menerusi penyelesaian rundingan atau ketenteraan.

donald trump
Presiden AS Donald Trump berpandangan perjanjian ‘lebih baik bagi Iran’ untuk kembali membina semula negara, selain menyatakan ‘pihak radikal’ sudah dihapuskan. (Gambar EPA Images)
WASHINGTON:
Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump berkata beliau tidak mempertimbang untuk melanjutkan gencatan senjata dengan Iran, menurut wartawan ABC News Jonathan Karl, lapor Anadolu Ajansi.

Trump tidak fikir pelanjutan itu akan diperlukan, kata Karl di X.

“Saya fikir anda akan melihat sesuatu yang menakjubkan dua hari akan datang,” kata Trump, menurut Karl.

Karl berkata, Trump membayangkan konflik itu boleh berakhir sama ada menerusi penyelesaian yang dirundingkan atau melalui tindakan ketenteraan menghapuskan keupayaan Iran.

“Ia boleh berakhir dengan salah satu cara, tetapi saya fikir perjanjian lebih baik kerana kemudian mereka (Iran) boleh membina semula (negara). Mereka benar-benar mempunyai rejim yang berbeza sekarang. Tidak kira apa pun, kami telah menghapuskan (pihak) radikal…” Trump dipetik sebagai berkata.

Menurut Karl, Trump turut membuat ‘dakwaan luar biasa’ mengenai peranannya di pentas global iaitu ‘jika saya bukan presiden, dunia akan hancur’.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.