Trump lanjut gencatan senjata dengan Iran

Trump lanjut gencatan senjata dengan Iran

Presiden Amerika Syarikat berkata pihaknya pada masa memberi masa kepada Tehran menyediakan 'cadangan yang diselaraskan' susulan permintaan pegawai Pakistan.

Donald Trump berkata AS diminta oleh Pakistan supaya menangguhkan tindakan ketenteraan terhadap Iran sehingga pemimpin negara itu dapat ‘mengemukakan cadangan yang diselaraskan’. (Gambar EPA Images)
WASHINGTON:
Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump berkata pada Selasa bahawa Washington akan melanjutkan gencatan senjata dengan Iran bagi memberi masa kepada Tehran menyediakan ‘cadangan yang diselaraskan’ susulan permintaan pegawai Pakistan, lapor Anadolu Ajansi.

Dalam kenyataan di platform Truth Social, Trump berkata AS diminta oleh Panglima Tentera Pakistan, Fil Marsyal Asim Munir dan Perdana Menteri Shehbaz Sharif supaya menangguhkan tindakan ketenteraan terhadap Iran sehingga pemimpin negara itu dapat ‘mengemukakan cadangan yang diselaraskan’.

“Sehubungan itu, saya telah mengarahkan tentera kami untuk meneruskan sekatan laut dan, dalam semua aspek lain, kekal bersedia serta berkeupayaan, dan oleh itu akan melanjutkan gencatan senjata sehingga cadangan mereka dikemukakan dan perbincangan dimuktamadkan, dalam apa juga cara sekalipun,” katanya.

Trump turut mendakwa dalam hantaran itu bahawa kepimpinan Iran kini dilanda perpecahan yang serius.

Pengumuman itu dibuat ketika delegasi AS yang diketuai Naib Presiden JD Vance dijangka berlepas ke Islamabad pada Selasa bagi pusingan kedua rundingan dengan Iran, namun lawatan itu ditangguhkan susulan mesyuarat lanjut mengenai dasar di Rumah Putih, menurut pegawai AS.

Gencatan senjata yang pada awalnya diumumkan awal bulan ini dijadual tamat pada Rabu.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.