Trump pilih sekat Selat Hormuz demi tekan Iran

Trump pilih sekat Selat Hormuz demi tekan Iran

Presiden AS dakwa ketidakupayaan untuk mengeksport minyak menyebabkan infrastruktur Iran 'hampir meletup'.

Donald Trump
Presiden AS Donald Trump mahu terus mengenakan sekatan di Selat Hormuz antara lain menekan Tehran mengenai program nuklearnya. (Gambar EPA Images)
ISTANBUL:
Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump menolak cadangan Tehran membuka semula Selat Hormuz, sebaliknya memilih mengekalkan sekatan tentera laut bagi menekan Tehran mengenai program nuklearnya, lapor Anadolu Ajansi, memetik Axios pada Rabu.

“Sekatan itu agak lebih berkesan daripada pengeboman…” kata Trump kepada saluran berita itu. “Ia akan menjadi lebih teruk bagi Iran.”

Beliau mendakwa, Iran mahukan persetujuan menarik balik sekatan AS di laluan air strategik itu.

Presiden menolak tawaran Iran untuk membuka sekatan terhadap laluan air penting itu dan menangguhkan perbincangan nuklear, menegaskan matlamat utamanya kekal menghalang Tehran daripada mendapatkan senjata nuklear.

Trump mendakwa ketidakupayaan untuk mengeksport minyak telah menyebabkan infrastruktur Iran ‘hampir meletup’.

Walaupun Trump melihat sekatan itu sebagai kelebihan yang kukuh, sumber memberitahu Axios bahawa Komando Pusat AS (Centcom) telah membangunkan rancangan untuk gelombang serangan udara ‘pendek dan kuat’ bagi memecahkan kebuntuan diplomatik jika Iran tidak mengalah.

Trump masih belum membenarkan tindakan kinetik atau serangan fizikal, kata sumber.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.