
Pejabat Kawalan Aset Asing (Ofac) di bawah jabatan itu berkata, AS menyedari “ancaman Iran terhadap perkapalan” serta tuntutan bayaran bagi mendapatkan laluan selamat melalui selat berkenaan, dan tuntutan itu mungkin membabitkan beberapa kaedah pembayaran, termasuk mata wang fiat, aset digital, pengimbangan pembayaran, pertukaran tidak rasmi atau sumbangan secara nominal kepada Persatuan Bulan Sabit Merah Iran.
“Ofac mengeluarkan amaran ini untuk memberi peringatan kepada individu dan entiti AS serta bukan AS mengenai risiko sekatan, sekiranya membuat bayaran tersebut kepada atau mendapatkan jaminan daripada rejim Iran bagi laluan selamat.
“Risiko ini wujud tanpa mengira kaedah pembayaran,” katanya dalam kenyataan.
Selat Hormuz mengendalikan kira-kira 20% aliran minyak global yang diangkut melalui laut.
Iran mengetatkan kawalannya ke atas Selat Hormuz selepas Israel dan AS melancarkan serangan terhadapnya pada 28 Feb lalu.
AS turut mengenakan sekatan laut yang menyasarkan kapal menuju ke dan dari Iran.