2 rakyat Britain disahkan dijangkiti Hantavirus

2 rakyat Britain disahkan dijangkiti Hantavirus

Seorang lagi turut disyaki dijangkiti virus itu di pulau Tristan da Cunha di Atlantik Selatan.

This handout picture released by Argentina's Health Ministry shows a scientist from the Malbrán Institute holding a container used to diagnose the Andes hantavirus, which contains RNA from the Andes virus as part of the detection process, in Buenos Aires on May 6, 2026. Argentina has seen an increase in hantavirus cases but not an outbreak, an expert told AFP on May 6, as infections aboard a cruise ship have provoked a global health scare. The MV Hondius set sail from Ushuaia in southern Argentina on April 1 and is currently anchored off the coast of Cape Verde after three passengers died, possibly of hantavirus.
Pada Khamis, WHO memaklumkan, lima daripada lapan kes yang dilaporkan di atas kapal persiaran MV Hondius disahkan sebagai jangkitan Hantavirus, manakala tiga lagi dikategorikan sebagai kes disyaki. (Gambar AFP)
LONDON:
Dua rakyat Britain disahkan dijangkiti Hantavirus manakala seorang lagi disyaki dijangkiti virus itu di pulau Tristan da Cunha di Atlantik Selatan, menurut Agensi Keselamatan Kesihatan United Kingdom (UK) pada Jumaat, lapor Xinhua.

Tiada rakyat Britain di atas kapal persiaran MV Hondius dilaporkan mengalami gejala ketika ini, namun mereka sedang dipantau rapi, menurut agensi itu sambil menjelaskan bahawa semua penumpang dan kru warga Britain di atas kapal berkenaan akan diminta menjalani pengasingan selama 45 hari sebaik pulang ke Britain.

Kakitangan kerajaan Britain akan berada di lokasi bagi membantu rakyat Britain yang turun dari kapal apabila ia berlabuh di Tenerife, Sepanyol pada Ahad.

Agensi itu juga memaklumkan terdapat tujuh rakyat Britain turun dari kapal di St Helena, sebuah pulau di Atlantik Selatan, pada 24 April lalu.

Dua daripada mereka kembali ke Britain dan sedang menjalani pengasingan di rumah serta tidak menunjukkan sebarang gejala jangkitan.

Empat lagi masih berada di St Helena manakala seorang lagi dikesan berada di luar Britain.

Pada Khamis, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) memaklumkan, lima daripada lapan kes yang dilaporkan di atas kapal persiaran MV Hondius disahkan sebagai jangkitan hantavirus, manakala tiga lagi dikategorikan sebagai kes disyaki.

WHO menafikan yang penularan hantavirus maut di atas kapal persiaran itu adalah “permulaan pandemik COVID,” sebaliknya menegaskan yang risiko jangkitan kepada orang awam masih rendah.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.