
Beberapa aktivis yang berpeluang memberikan keterangan mengesahkan, sebilangan peserta mengalami ‘pencabulan seksual, selain dipukul, diseret, digari dan ditutup mata’, kata Ajissa kepada Anadolu.
Tambahnya, ‘pencabulan Israel termasuk serangan dan gangguan seksual’ serta pukulan, menggambarkan apa yang berlaku sebagai ‘satu pencabulan maruah manusia secara terang-terangan’.
“Pelanggaran ini mendedahkan sifat sebenar entiti Israel, jenayah dan kekejamannya dan tahap bahayanya terhadap rantau ini dan dunia.
“Kami terkejut dengan kurangnya reaksi dan kutukan yang meluas, terutamanya daripada Kesatuan Eropah, mengenai apa yang dilakukan oleh entiti Zionis itu,” tegas Ajissa berhubung tindak balas antarabangsa yang lemah terhadap insiden itu.
Tambahnya, langkah mengenakan sekatan ke atas Israel telah ‘menjadi satu keperluan kerana ia meningkatkan pencabulannya disebabkan tidak dipertanggungjawabkan’.
Ajissa juga menyifatkan tindakan Israel sebagai ‘lanjutan daripada pencabulan’ yang telah dilakukan oleh Tel Aviv di Gaza terhadap undang-undang antarabangsa dan institusi antarabangsa.
Beliau berkata, Israel ‘meuar-uarkan amalannya tanpa sebarang hukuman, tanpa tindakan antarabangsa yang serius’.
“Jika aktivis bukan Arab dan bukan Islam ini telah dikenakan pencabulan begini, bagaimanakah keadaan penduduk Gaza dan Tebing Barat yang diduduki?”
Justeru, Ajissa menggesa agar kedua-dua aktivis yang masih dalam tahanan dibebaskan, iaitu warga Brazil Thiago Avila dan warga Sweden Sepanyol Saif Abu Keshek, yang menurutnya ditahan dan disoal siasal oleh pihak berkuasa Israel selama beberapa hari.
Beliau turut menuntut perlindungan untuk kapal-kapal yang telah belayar dan kapal-kapal yang akan berlayar kemudian ke arah Semenanjung Gaza, dengan jaminan bahawa mereka tidak akan diserang atau dikenakan serangan lanun di perairan antarabangsa, bahkan di perairan wilayah beberapa negara Eropah.
Misi Global Sumud Flotilla Spring 2026, yang bertujuan memecahkan sekatan Israel di Semenanjung Gaza dan menyampaikan bantuan kemanusiaan, telah disekat oleh tentera Israel pada 29 April di luar pantai Crete.
Tentera Israel campur tangan di perairan antarabangsa, menyerang bot yang membawa aktivis sekitar 600 batu nautika dari Gaza dan hanya beberapa batu dari perairan wilayah Greece.
Seramai 177 aktivis ditahan dan dilaporkan dikenakan layanan buruk.
Menurut laporan, Avila dan Abu Keshek yang dibawa secara paksa ke Israel didera secara fizikal yang teruk dan diugut bunuh semasa soal siasat.
Israel mengenakan sekatan yang melumpuhkan di Semenanjung Gaza sejak 2007, menyebabkan 2.4 juta penduduk di wilayah itu berada pada ambang kebuluran.
Serangan kejam tentera Israel ke atas Gaza sejak Oktober 2023 menyebabkan lebih 72,000 orang terkorban, lebih 172,000 cedera, dan menyebabkan kemusnahan besar-besaran di seluruh wilayah yang dikepung.