
Menurut Agensi Berita Arab Saudi, usaha itu dilaksanakan menerusi “sistem bimbingan bersepadu” dan kandungan pengisian dalam beberapa bahasa bagi meningkatkan kesedaran agama serta intelektual pengunjung sepanjang musim haji.
Program kesedaran itu termasuk penyampaian mesej bimbingan secara langsung dalam Masjid Nabawi dan kawasan perkarangannya, selain penggunaan skrin digital serta kandungan digital berbilang bahasa.
Program itu bagi mendidik jemaah mengenai hukum dan adab tertib ziarah, selain menggalakkan tingkah laku yang mencerminkan penghormatan terhadap tempat suci itu sambil mengekalkan ketenteraman dan ketertiban di Masjid Nabawi.
Pihak berkuasa menegaskan komitmennya untuk menyampaikan mesej kesedaran menerusi medium mudah diakses dengan mengambil kira kepelbagaian warganegara dan bahasa jemaah sebagai sebahagian usaha memperkaya pengalaman kerohanian mereka serta menyebarkan mesej kesederhanaan dua masjid suci.