Itali seru EU sekat Ben-Gvir

Itali seru EU sekat Ben-Gvir

Menteri keselamatan negara Israel itu melakukan tindakan tidak boleh diterima terhadap aktivis Global Sumud Flotilla.

Ben-Gvir
Itali mahu Kesatuan Eropah (EU) menyekat Menteri Keselamatan Negara Israel Itamar Ben-Gvir susulan dakwaan berbentuk gangguan dan penghinaan ke atas aktivis Global Sumud Flotilla. (Gambar EPA Images)
ISTANBUL:
Menteri Luar Itali Antonio Tajani mengumumkan akan meminta Kesatuan Eropah mengenakan sekatan terhadap Menteri Keselamatan Negara Israel Itamar Ben-Gvir berhubung layanan terhadap aktivis Global Sumud Flotilla.

Tajani menerusi platform X, berkata beliau secara rasmi meminta Ketua Dasar Luar EU Kaja Kallas supaya memasukkan cadangan sekatan terhadap Ben-Gvir dalam agenda mesyuarat Menteri Luar EU akan datang.

Beliau menegaskan permintaan itu dibuat susulan ‘tindakan yang tidak boleh diterima’ terhadap flotila itu, termasuk penahanan aktivis di perairan antarabangsa serta dakwaan layanan berbentuk gangguan dan penghinaan yang melanggar hak asasi manusia paling asas.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.