Perang AS-Israel ke atas Iran akan tamat tak lama lagi, kata Trump

Perang AS-Israel ke atas Iran akan tamat tak lama lagi, kata Trump

Media melaporkan delegasi Qatar sedang berunding dengan Menteri Luar Iran Abbas Araghchi di Tehran dalam usaha menamatkan perang itu menerusi pengantaraan Pakistan.

donald trump
Presiden AS Donald Trump Iran tidak akan memiliki senjata nuklear buat selama-lamanya. (Gambar EPA Images)
WASHINGTON:
Donald Trump pada Jumaat memberi bayangan perang Amerika Syarikat (AS)-Israel terhadap Iran dijangka berakhir dalam masa terdekat, lapor Anadolu Ajansi.

“Kami telah menghentikan mereka. Mereka tidak akan memiliki senjata nuklear buat selama-lamanya. Mereka tidak akan memiliki senjata nuklear dan kami akan menamatkan perkara itu tidak lama lagi. Ia akan berakhir tidak lama lagi,” kata presiden AS itu kepada penyokongnya di New York.

“Anda akan menyaksikan angka yang belum pernah dilihat sebelum ini, termasuk dari segi pertumbuhan dan penurunan kos. Harga kereta juga dijangka turun.”

Terdahulu, agensi berita Iran pada Jumaat melaporkan delegasi Qatar sedang berunding dengan Menteri Luar Iran, Abbas Araghchi di Tehran dalam usaha menamatkan perang itu menerusi pengantaraan Pakistan.

Laporan itu muncul selepas ketua tentera Pakistan, Asim Munir tiba di Tehran sebagai sebahagian usaha pengantaraan berterusan Islamabad untuk menamatkan perang itu. Ini lawatan kedua Munir ke Tehran bagi tujuan berkenaan.

Menteri Dalam Negeri Pakistan, Mohsin Naqvi pula berada di Tehran sejak dua hari lalu untuk rundingan tidak langsung antara AS dan Iran.

Aktiviti diplomatik rancak itu berlaku ketika laporan menyebut perunding semakin menghampiri persetujuan untuk menamatkan perang berkenaan.

Islamabad turut mempergiat proses pengantaraannya bagi memastikan pusingan kedua rundingan langsung antara kedua-dua pihak dapat diadakan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.