AS lancar serangan di selatan Iran

AS lancar serangan di selatan Iran

Komando Pusat Amerika Syarikat mengesahkan kepada Fox News mengenai serangan itu.

Kepulan asal kelihatan selepas serangan udara Israel ke atas kampung Sultaniyeh di selatan Lubnan biarpun gencatan senjata mula berkuat kuasa pada 17 April. (Gambar AFP)
WASHINGTON:
Komando Pusat Amerika Syarikat (CENTCOM) mengesahkan kepada Fox News bahawa tentera Amerika Syarikat (AS) melancarkan serangan di selatan Iran, lapor Sputnik/RIA Novosti.

“Tentera AS melancarkan serangan mempertahankan diri di selatan Iran hari ini bagi melindungi anggota kami daripada ancaman oleh tentera Iran.

“Sasaran termasuk tapak pelancaran peluru berpandu dan bot Iran yang cuba memasang periuk api.

“Komando Pusat Amerika Syarikat terus mempertahankan anggota kami sambil mengamalkan sikap menahan diri sepanjang gencatan senjata yang sedang berlangsung,” kata jurucakap CENTCOM Tim Hawkins, seperti dipetik wartawan Fox News Jennifer Griffin menerusi X.

Terdahulu, Reuters melaporkan letupan berlaku di bandar pelabuhan Bandar Abbas, Iran.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.