21 maut kebakaran hotel di New Delhi

21 maut kebakaran hotel di New Delhi

Lebih 40 lagi mangsa diselamatkan dan dibawa ke hospital berdekatan untuk rawatan.

fire api kebakaran
Pegawai berkata kebakaran di New Delhi itu membabitkan bangunan bertingkat. (Gambar Envato Elements)
NEW DELHI:
Sekurang-kurangnya 21 maut dalam kebakaran sebuah hotel di ibu negara India, New Delhi, kata pegawai pada Rabu, lapor Anadolu Ajansi.

Kejadian berlaku di Malviya Nagar kira-kira 8.50 pagi waktu tempatan.

Polis Delhi dalam kenyataan mengesahkan jumlah kematian itu, manakala lebih 40 lagi diselamatkan dan dibawa ke hospital berdekatan untuk rawatan.

Pegawai berkata, kebakaran itu membabitkan bangunan bertingkat.

Ketua Menteri Delhi, Rekha Gupta dalam catatan X berkata, kerajaan sedang memantau situasi itu dengan teliti.

Perdana Menteri India, Narendra Modi, menyifatkan kebakaran itu “tragis” dan mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa korban.

“Semoga mereka yang cedera cepat sembuh. Pihak berkuasa menyediakan semua bantuan yang mungkin kepada mereka yang terjejas.”

Punca kebakaran belum dikenal pasti, lapor Press Trust of India.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.