Tertinggal barang di Grabcar, ini cara dapatkan semula

Tertinggal barang di Grabcar, ini cara dapatkan semula

Anda tidak boleh terus menghubungi pemandu itu sebaliknya operator yang akan menghubungi pemandu tersebut untuk anda.

Saya yakin ramai dalam kalangan pembaca yang menaiki Grabcar sebagai pengangkutan alternatif yang popular selain daripada pengangkutan awam.

Apabila kita menaiki Grabcar pastilah kita membawa barang seperti telefon pintar, beg duit, beg sandang dan sebagainya. Menjadi sesuatu yang amat malang bagi kita apabila kita tertinggal barang di dalam Grabcar tersebut.

Memandangkan kita sudah tertinggal barang, pastilah kita mahu mendapatkan semula barang tersebut. Namun, jika kita tidak tahu cara-caranya, pastilah barang yang tertinggal itu kita tidak akan dapat semula.

Justeru, saya ingin kongsikan kepada anda semua cara-cara untuk mendapatkan barang anda semula yang tertinggal di dalam Grabcar. Ikuti langkah-langkah di bawah:

Langkah 1 : Kenal pasti Grabcar mana yang anda naiki

Jika anda menaiki lebih daripada satu Grabcar, pastikan anda tahu barang anda tertinggal dalam Grabcar yang mana satu.

Langkah 2 : Mempunyai maklumat secukupnya

Pastikan anda mempunyai maklumat di bawah iaitu :

  • Grab ID requester (penumpang)
  • e-mail ID requester
  • tarikh dan masa anda menaiki Grabcar
  • dari mana dan ke mana anda menaiki Grabcar
  • penerangan (description) mengenai barang yang hilang
  • nama pemandu dan nombor plat Grabcar

Langkah 3 : Hubungi nombor 1300-80-5858

Hubungi nombor tersebut setelah anda memiliki semua maklumat di atas.

Langkah 5 : Beri maklumat

Setelah disambungkan kepada operator, nyatakan anda tertinggal barang di dalam Grabcar. Beritahu segala maklumat (di atas) yang diminta oleh operator tersebut beserta deskripsi barang anda yang hilang itu.

Langkah 6 : Tunggu sehingga operator menghubungi pemandu Grabcar

Anda tidak boleh terus menghubungi pemandu itu. Operator yang akan menghubungi pemandu tersebut untuk anda. Setelah pemandu dihubungi, operator akan menghubungi anda semula untuk mengesahkan barang anda memang ada pada pemandu. Kemudian, operator akan memberi anda nombor telefon pemandu tersebut untuk dihubungi.

Langkah 7 : Hubungi pemandu Grabcar

Hubungi pemandu tersebut dan rancang bersamanya bagaimana anda mahu mendapatkan barang anda itu sama ada anda mahu mengambilnya sendiri atau pemandu tersebut yang akan menghantarnya ke rumah anda.

Peringatan

Bukan semua barang anda akan dijumpai. Sekiranya pemandu tersebut tidak jujur, pasti barang anda tidak akan dijumpai.

Nota

Segala maklumat yang berkaitan seperti tarikh, waktu, lokasi, nama pemandu, dan nombor plat kereta yang diperlukan itu anda boleh dapatkannya di bahagian ‘History’ pada aplikasi Grabcar anda.

Itulah cara-cara untuk anda mendapatkan barang anda yang tertinggal di dalam Grabcar. Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada anda. Walau apa pun, jangan sesekali cuai menjaga barang anda. Anda perlulah cermat dalam menjaga barang anda sendiri.

Artikel ini disumbangkan oleh Muhammad Nurhaziq dari sayapejuangbahasa.blogspot.com

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.