
Merentas denai dan hutan sambil berbisik dengan hidupan alam, satu pengalaman indah bila kaki dijejak ke Pusat Edu-Ecotourism Sungai Menyala. Satu anugerah bila dapat menyelami kehidupan alam sambil menimba ilmu khazanah semula jadi ini. Itulah yang dirasa oleh para pencinta alam semula jadi bila mana berada di sini.
Pusat Edu-Ecotourism Sungai Menyala terletak di dalam kawasan Hutan Simpan Sungai Menyala. Ianya dibuka pada 2010 dan menjadi pusat tarikan perlancongan.
Hutan simpan ini berkeluasan mencecah 1,280 hektar, terletak berdekatan dengan Port Dickson di Negeri Sembilan dan merupakan salah satu hutan dipterokarp tanah rendah di daerah ini.
Keunikan hutan yang dipenuhi dengan Meranti Merah dan Keruing ini ialah di sini masih terdapat pokok berusia 300 tahun dan pokok Jelutong dengan ketinggian 45m, ia mungkin merupakan pokok tertinggi di Malaysia.
Selain menikmati udara segar dan kehijauan hutan rimba, anda turut boleh berkunjung ke bangunan Pusat Edu-Ecotourism. Terdapat pameran tentang jenis-jenis hutan, daun, pokok dan sebagainya dalam suasana yang cukup moden.
Ia bertepatan dengan objektif penubuhannya sebagai kawasan eko pelancongan dan pusat pendidikan yang sangat sesuai kepada pengunjung dari pelbagai peringkat usia.

“Menurut Zul, pekerja di sini berkata, “Pokok berusia 300 tahun ini mempunyai geronggang atau lubang dipercayai pokok ke dua tertua di Malaysia,” kata Zul lagi, pokok tertua di Malaysia berada di Taman Negara dengan usia 1,500 tahun.
Selain itu, di sini turut menawarkan pelbagai aktiviti seperti ‘jungle trekking’, rekreasi, berbasikal selain melakukan penyelidikan mengenai flora dan fauna. Aktiviti di sini sememangnya sesuai untuk seisi keluarga.

Di sini juga terdapat galeri kebudayaan Orang Asli serta pameran hutan yang menjelaskan jenis-jenis pokok hutan dan flora serta fauna.

Jika ingin merasai kedinginan malam ditemani bunyi cengkerik, boleh saja mengidap di sini dengan pengidapan yang cukup selesa dan mendamaikan. Bilik-bilik yang disediakan adalah ‘double’ dan ‘twin’, (RM100 semalam) siap dengan bilik mandi, TV, peti sejuk dan penyaman udara. Terdapat juga ‘dorm’ yang boleh memuatkan sehingga 16 orang untuk mereka yang datang berkumpulan.


Pusat Edu-Ecotourism Sungai Menyala
N8, Jalan Sua Betong, Port Dickson
Negeri Sembilan
Malaysia
Tel: (06) 646 3886
Fax: (06) 646 3917
Buka setiap hari dari 8pagi hingga 6petang, masuk percuma.
Untuk informasi lanjut, sila rujuk ke laman web rasmi Jabatan Perhutanan Negeri Sembilan.
Artikel ini pernah disiarkan di Malaysia Traveller
Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]