Teknik jimatkan minyak

Teknik jimatkan minyak

Jangan membawa muatan berlebihan. Kemaskan but kereta dengan mengeluarkan barangan yang tidak penting.

Kurangkan kelajuan semasa memandu. Kekalkan kelajuan yang stabil. (Gambar Rawpixel)

Dalam keadaan ekonomi yang merundum sekarang, rata-rata kita mengamalkan sifat berjimat cermat. Penggunaan petrol juga antara kos yang meningkatkan perbelanjaan harian. Tetapi sebenarnya ada beberapa cara untuk menjimatkan bahan api ini. Teknik di bawah mungkin membantu:

  • Elak dari memecut dan membrek secara mengejut kerana ia bukan sahaja membazirkan minyak malah akan menghauskan brek dan tayar dengan cepat.
  • Servis kereta mengikut jadual. Komponen seperti penapis, palam pencucuh dan minyak pelincir yang tidak ditukar atau diservis akan mengurangkan kecekapan pembakaran.
  • Pastikan pengimbangan, penjajaran dan tekanan angin pada tayar adalah betul. Mengabaikannya bukan sahaja akan memaksa enjin bekerja dengan lebih kuat lagi malah turut membahayakan perjalanan anda.
  • Gunakan pendingin hawa secara sederhana. Kurangkan suhu semasa cuaca sejuk dan sebelum memulakan perjalanan, buka tingkap terlebih dahulu supaya udara panas boleh keluar.
  • Jangan membawa muatan berlebihan. Kemaskan but kereta dengan mengeluarkan barangan yang tidak penting.
  • Kurangkan kelajuan. Cuba kekalkan kelajuan yang stabil dengan menggunakan kawalan ‘cruise’ selain menghidupkan suis ‘overdrive’.
  • Rancang perjalanan anda. Elakkan perjalanan ulang-alik. Kumpulkan tugas dan laksanakan serentak.
  • Isi minyak pada sebelah pagi kerana semasa cuaca sejuk, molekul petrol lebih padat dan ini boleh menjimatkan kos dalam jangka panjang.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.