Wanita kuku terpanjang di dunia ingin jual kukunya pada USD47,000

Wanita kuku terpanjang di dunia ingin jual kukunya pada USD47,000

Ayanna yang berusia 54 tahun itu, sudah menghabiskan 28 tahun hidupnya untuk memanjangkan kuku dan kini, panjang kuku tangannya itu mencapai 96.5cm.

Ayanna berniat untuk memotong kuku tersebut dan menjualnya. (Gambar Guinness World Book of Records)

Wanita bernama Ayanna Williams ini sememangnya menarik perhatian kerana memegang gelaran pemilik kuku terpanjang di dunia dalam Guinness World Book of Records pada 2017.

Ayanna yang berusia 54 tahun itu, sudah menghabiskan 28 tahun hidupnya untuk memanjangkan kuku dan kini, panjang kuku tangannya itu mencapai 96.5cm.

Namun, Ayanna berniat untuk memotong kuku tersebut dan menjualnya pada harga USD 47.000. Alasannya adalah kerana wang.

Memiliki kuku yang panjangnya hampir 1meter juga membuatkan dia sukar untuk menjalani rutin seharian seperti mencuci pinggan dan memakai baju.

“Berpisah dengan suami 6 tahun lalu membuatkan saya menjadi susah kerana tiada sesiapa lagi yang boleh membantu. Itulah sebabnya saya ingin menjual kuku.

“Malah, saya mengidap diabetes dan sukar untuk menyuntik diri sendiri,” ujar wanita dari Houston, Amerika ini.

Menurut Ayanna, keputusan untuk menjual kukunya itu sudah dibuat sejak tahun lalu lagi namun, dia ingin dibayar dengan harga yang sesuai. Dia juga telah menawarkan kukunya di laman Facebook tetapi harga yang diberi tidak sesuai.

Setakat ini, baru ada yang menawarkan harga 75poundsterling untuk setiap kuku namun, harga tersebut masih jauh dari angka yang ditetapkan Ayanna.

“Saya tidak akan memotong kuku sampai mendapat pembeli. Ia akan terus tumbuh lebih panjang,” tambah Ayanna.

Walaupun mengalami kesukaran dalam menjalani aktiviti harian, Ayanna tetap menganggap kukunya berharga. Dia turut menyarankan pembeli memakainya sebagai kuku palsu.

Sambil menunggu pembeli yang tepat, dia ingin mempertahankan panjang kukunya paling tidak 25cm.

“Saya tidak sabar untuk melakukan banyak perkara tanpa perlu memikirkan kuku yang akan menganggu. Saya ingin lebih bebas bermain dengan cucu dan naik kereta tanpa berfikir panjang.

“Selama ini, saya melakukan semua kerja dengan perlahan, jadi saya tidak sabar untuk melakukan pekerjaan dengan lebih cepat,” kata Ayanna.

Ada yang berminat untuk membeli kuku terpanjang di dunia milik Ayanna?

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.