
Seorang lelaki dari New York layak digelar wira selepas video yang menunjukkan dia sedang menyelamatkan seorang lelaki berkerusi roda yang jatuh di landasan kereta api bawah tanah tular.
Video itu menunjukkan lelaki tadi melompat ke atas trek, mengangkat kerusi roda dan kemudian membantunya kembali ke platform.
Hantaran itu dirakam Lauren Mennen dan kini mula tular di beberapa akaun Instagram, termasuk yang dikenali sebagai ‘subwaycreatures’.
“Petang tadi di Union Square, entah bagaimana seorang lelaki berkerusi roda terjatuh di atas trek kereta api bawah tanah.
“Nasib baik, seorang insan yang baik mulia melompat ke bawah dan menyelamatkan lelaki itu (dan kerusi rodanya) kira-kira 10 saat sebelum kereta api masuk ke stesen.
“Kagum dengan lelaki itu yang sanggup terjun untuk membantu! ” tulisnya yang dikongsi bersama dengan video,” tulisnya.
Video menunjukkan lelaki tersebut terjun ke atas trek, mengambil kerusi rodanya dan kemudian membantunya kembali ke platform.
Beberapa individu lain juga dapat dilihat membantu kedua-dua lelaki terbabit beberapa saat sebelum kereta api tiba.
Video, yang dikongsi kira-kira 11 jam yang lalu, telah mengumpulkan lebih dari 1.4 juta tanda suka dan pelbagai komen yang memuji tindakan lelaki itu.
“Siapakah wira sebenar dari NYC tanpa mantel ini?!” catat seorang individu.
“Wah! Tuhan memberkati lelaki itu kerana sanggup mempertaruhkan nyawa untuk memastikan lelaki itu dibantu. Moga diberkati! ” kongsi warganet lain.
“Kepercayaan terhadap manusia sejagat kembali dipulihkan,” tambah individu ketiga.
Menurut New York Post, lelaki itu kemudian dibawa ke hospital Bellevue. Difahamkan dia sedar dan berada dalam keadaan stabil.
Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]